USD/JPY Menanti Petunjuk Dari Powell

Semua mata kini tertumpu pada Ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell. Ketua Bank pusat paling berpengaruh di dunia akan bercakap di Sidang Jackson Hole dan pasaran tidak sabar untuk mengetahui jika Fed akan mengurangkan kadar pada bulan September atau tidak. Menjelang acara itu, pegawai Fed telah mengulangi pendirian mereka  yang bercampur – dovish atau hawkish. Ini mencerminkan ahli FOMC masih lagi tidak dapat mencapai keputusan sebulat suara pada mesyuarat FOMC akan datang. Berdasarkan ekonomi semasa, ekonomi US adalah dalam keadaan sihat, dan dijangka Powell akan lebih positif dalam kenyataan beliau.

Sentimen pasaran lebih tenang buat masa kini dan isu perang dagang yang agak reda mendorong kadar pulangan ‘yield’ bon AS semakin meningkat. Kebanyakan penganalisis berkata bahawa kadar pulangan hasil (yield) bon di seluruh dunia telah jatuh terlalu jauh daripada sepatutnya.

USD/JPY terus didagangkan dalam julat yang kecil dan kini diniagakan pada harga di bawah 106.60. Dagangan yang mendatar “sideway” telah dicatatkan sejak 5 hari yang lalu. USD/JPY kini betul-betul berada di atas sedikit dari paras resistant (become support) 106.56. Ini diikuti resistance seterusnya 107.18 (merangkap garis mendatar Kijun-Sen Line dan juga garis Span B. Garis Tenkan-Sen turut menunjukkan tanda mendatar di mana juga garis support 106.00. Paras support yang seterusnya adalah pada 105.05. Berdasarkan elemen grafik Ichimoku, sebarang kenaikan ‘bullish’ perlu melepasi garis Kijun-Sen 107.18. Manakala pergerakan ‘bearish’ perlu memecahkan garisan Tenkan-Sen. 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.