EURUSD Menanti Pemangkin Untuk Pergerakan Seterusnya

EURUSD kekal di kawasan harga 1.1000, masih menanti pemangkin baru untuk pergerakan seterusnya.

EURUSD didagang positif pada hari Selasa dan mencecah 1.1023 pada awal pagi Rabu, selepas Speaker Nancy Pelosi mengumumkan siasatan rasmi terhadapa Presiden Trump. Perkara ini akan menjadi tumpuan utama apabila pasaran US dibuka pada malam ini.

EURUSD telah berdagang dalam segitiga sempit (narrowing triangle). Asas analisa teknikal mencadangkan bahawa matawang EURUSD akan menetapkan arah sekiranya triangle ini dipecahkan. Pasangan mata wang berdagang di bawah H4 Moving Average 50 dan 200. Resistance yang kukuh berada di sekitar 1.1023 manakalan support seterusnya berada di 1.0951.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.