Mesyuarat RBA: Adakah RBA Akan Memotong Kadar Faedah?

Kebanyakan penganalisa pasaran meramalkan RBA akan memotong kadar faedah sebanyak 0.25%, menurunkan kadar faedah yang sedia ada ke 0.75%. Walaubagaimanapun,sebahagian penganalisa tidak bersetuju dengan mengatakan RBA akan mengekalkan faedah. ASX 30-day Intebank Cash Rate Futures (Austrlia Exchange) mencatatkan kemungkinan sebanyak 78% kadar faedah akan diturunkan untuk mesyuarat bulan Oktober. Rujuk rajah 1.

Menjelang mesyuarat polisi RBA, Gabenor RBA Lowe menegaskan bahawa mereka mungkin mempertimbangkan program QE di masa hadapan sekiraanya diperlukam. Beliau berkata faktor asas yang menyokong prospek jangka panjang untuk Ekonomi Australia kekal kukuh. Kadar inflasi yang di bawah sasaran RBA terus menjadi masalah dan dijangka kekal rendah untuk suatu jangka masa.

Sumber: https://www.asx.com.au

Analisa Teknikal

Harga AUDUSD (pada ketika artikel ini ditulis) berada di paras 0.6748. Paras support berada di 0.6738 dan sekiranya pecah, paras seterusnya di 0.6690 dan 0.6675. Paras resistance terdekat berada di 0.6778 juga bersamaan dengan paras 50 H4 SMA. Diikuti resistance seterusnya di 0.6800 dan 0.6830.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.