Pasaran agak bercampur-campur berikutan sikap para pelabur menantikan maklumat terkini daripada rundingan US-China. Rundingan US-China masih gagal mendapat sebarang kemajuan dalam isu utama dagangan di antara kedua buah negara. Delegasi China turut dilaporkan akan pulang sehari lebih awal daripada sepatutnya.
USD- USD lemah berikutan minit FOMC menunjukkan kemungkinan potongan kadar faedah mungkin dilakukan sekali lagi pada tahun ini. Ketua Fed, Jerome Powell turut memberi isyarat bahawa Fed mungkin menambah dana dalam pasaran dalam komen yang berasingan.
NZD/AUD- matawang ini mendapat manfaat daripada kelemahan USD dan sentimen positif berikutan harapan sesuatu yang positif dapat dicapai dalam rundingan US-China.
EURO- Minit mesyuarat ECB yang baru diterbitkan melaporkan bahawa sebahagian ahli ECB bersedia memotong 0.20% sekiranya QE tidak dijalankan. Walaubgaimanapun, majoriti ahli ECB menyokong pemotongan faedah sebanyak 0.10% dan pelaksanaan QE. Kenyataan yang agak dovish untuk Euro. EURUSD kini melepasi paras psikologi 1.1000 tetapi agak tertekan di 1.1130. Paras 1.1000 akan menjadi support yang kuat sekiranya berlaku retracement.
GBP- Matawang Pound terus terdedah kepada volatili isu Brexit, Perdana Menteri UK akan bertemu rakan sejawat dari Ireland pada tengahari London. Sebarang berita daripada pertemuan ini akan mengakibatkan satu lagi pergerakan yang besar untuk matawang GBP.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.